Tarikh | : 02 / 12/ 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 6.00 petang |
Lokasi | : Mini Stadium Pendang |
Peserta |
: 100 orang peserta |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Internet yang terdapat didaerah Pendang. Sekaligus mempromosikan keahlian dan kelas-kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Internet.
Aktiviti
Ia untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai apa ada didalam Pusat Internet 1Malaysia. Selain itu,petugas juga memberi sedikit taklimat mengenai KDB dan Dashboard.Ini bagi mempromosikan dashboard komuniti kepada orang ramai Sempena Hari Kepenggunaan.
Tarikh | : 24 / 11/ 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 814 orang peserta |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan Menarik Di Pendang yang diwujudkan melalui laman Facebook Pages yang memaparkan apa yang menarik di sekitar Daerah Pendang, samaada dari segi makanan, pertanian, perlancongan, dan sebagainya.
Aktiviti
Menarik Di Pendang dilancarkan bagi memperkenalkan kepada orang ramai mengenai apa yang menarik di Pendang. Menarik di Pendang ini dipromosikan untuk membantu usahawan - usahawan Pendang disamping dapat memperkenalkan Pendang. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani iaitu Dato Seri Tajuddin Bin Abdul Rahman serta komuniti Daerah Pendang.
Tarikh | : 2 / 11 / 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 1 Petang |
Lokasi | : Universiti Malaysia Perlis, Arau. |
Peserta |
: 117 orang peserta |
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Internet yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.
Tarikh | : 20 / 11/ 2017 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 9 orang peserta |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan dan kepakaran perserta sekolah rendah dalam MICROSOFT WORD OFFICE. Didalam slot MICROSOFT WORD OFFICE (WORDS CHALLANGE) perserta diuji dari segi menghasilkan karangan rasmi mengikut kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan / arahan yang telah ditetapkan petugas.
Aktiviti
Para peserta diuji dengan soalan diberikan dan diarah menjawap soalan itu mengikut kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit oleh petugas pi1m. Peserta juga diminta mencari contoh surat kiriman rasmi di google dan mengikut format surat kiriman rasmi tersebut untuk menjawap soalan tersebut.
Tarikh | : 21 / 10/ 2017 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 9 orang peserta |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan dan kepakaran perserta sekolah rendah dalam Multimedia Adobe Illustrator. Didalam slot ADOBE ILLUSTRATOR CREATIVE EDITING IMAGES CONTEST perserta diuji dari segi lakaran gambar, warna tulisan dan kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan / arahan yang telah ditetapkan petugas.
Aktiviti
Para peserta diuji dari segi lakaran gambar, warna, tulisan dan kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan yang telah ditetapkan oleh petugas. Peserta diminta mencari gambar kapal terbang mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pengurus dan penolong pengurus. Gambar kapal terbang yang dilakar mestilah mengikut kreativiti masing-masing.