Tarikh : 2 / 11 / 2017
Masa : 8.00 pagi -   1 Petang
Lokasi : Universiti Malaysia Perlis, Arau.
Peserta

: 117 orang peserta

Tujuan

Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.

Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Internet yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.

GAMBAR DISINI