Tarikh : 01 / 01 / 2018
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Paya Mengkuang
Peserta

: 30 orang

 
 
Tujuan
Tujuan Majlis Bacaan Yassin Pusat Internet Kluster Pendang adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Internet bagi setiap tahun, samada dijalankan pada awal ataupun akhir tahun bersama komuniti di sesebuah Pusat Internet didalam kluster yang terpilih, tujuan ia diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhwah petugas serta komuniti dengan majlis bacaan ini, memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan petugas berjalan lancar pada tahun 2018 ini.
 
Aktiviti
Majlis bacaan yassin, selawat keatas Nabi serta zikir-zikir menajat.
 
 
Tarikh : 28 / 12 / 2017
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 4 orang

 
 
Tujuan
Tujuan Bengkel Aplikasi laman Web Kerajaan ini diadakan adalah untuk mendekatkan para belia mendekati laman web tersebut serta memudahkan urusan mereka untuk melakukan sesuatu kerja yang perlu berurusan dengan kerajaan.
 
Aktiviti
 Disini petugas mengajar para beli cara untuk menggunakan laman web BRIM, SPA, UPU serta KWSP. Gelongan belia ini juga diajar cara menggunakan aplikasi atas talian dengan bijak supaya tidak tertipu dengan laman web yang tidak baik.
 
 
 
Tarikh : 13 / 12/ 2017
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang peserta

Tujuan

Ia membantu peserta BUN ME A/L CHAT yang merupakan seorang usahawan dari Pusat Internet Bukit Sekechong untuk memudahkan beliau membuat proses pembayaran KWSP, melalui laman web KWSP dengan login ID sebagai majikan untuk pembayaran bulanan EPF kepada para pekerja Kedai Tayar beliau.

Aktiviti

Disini petugas hanya memberi sedikit tunjuk ajar langkah demi langkah untuk masuk web KWSP dengan login sebagai majikan dan mengikut step seterusnya sehingga ke login Cimbcliks unttuk pembayaran, ia memudahkan beliau untuk membuat pembayaran EPF kepada kepada pekerja tanpa perlu hadir ke Pejabat KWSP Alor Star.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 20 / 12 / 2017
Masa : 2.30 petang -5.00 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat, Menara Alor Setar
Peserta

: 45 orang "JKKK MUKIM TOBIAR"

Tujuan

Tujuan majlis "MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL INTEL EASY STEP & SIJIL PENGHARGAAN AJK PENYELARAS PUSAT INTERNET BUKIT SEKECHONG SERTA TAKLIMAT DASHBOARD MYPLACE" ini diadakan iaitu untuk memberi penerangan kepada jkkk dan setiausaha mukim berkaitan dashboard myplace yang perlu dititikberatkan, seterusnya menghargai para Jkkk Mukim yang menyertai dengan komited Kelas/Latihan Intel Easy Step dan menghargai semua Jkkk Mukim yang memberi komitmen jitu kepada Pusat Internet Bukit Sekechong dalam pelbagai aktiviti.

Aktiviti

Disini Penghulu Mukim memberi penekanan agar semua Jkkk memanfaat Pusat Internet Bukit Sekechong dengan pelbagai aktiviti, serta didalam majlis ini penyampaian Sijil Intel Easy Step telah diberikan kepada 12 orang, iaitu Penghulu Mukim dan 11 orang Jkkk Mukim. Seterusnya sijil penghargaan kepada Jkkk Mukim yang dilantik sebagai AJK PENYELARAS PUSAT INTERNET 2017.

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 08 / 12/ 2017
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang peserta

Tujuan

Tujuan diadakan memudahkan para pelajar lepasan UPSR mahupun waris sendiri tahu bagaimana untuk semak dan masuk laman web tersebut dengan bantuan petugas samada pengurus atau penolong pengurus yang memberikan tunjuk ajar satu langkah demi langkah.

Aktiviti

WEBSITE (HOW TO APPLY SCHOOL SABK AND OTHERS) pelajar boleh cari dan memasuki sendiri laman we tersebut, ia memudahkan para pelajar untuk pengesahan tempat untuk belajar pada tahun 2018.

 GAMBAR DISINI