Tarikh : 02 / 02 / 2018
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 7 orang

 

Tujuan 

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar daripada peringkat rendah di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan penggunaan perisian MICROSOFT OFFICE WORD yang mempunyai pelbagai fungsi. Justeru itu, slot latihan pada kali ini mendedahkan para pelajar tentang cara-cara melakar tugasan yang berbentuk jadual di dalam perisian MICROSOFT OFFICE WORD. Objektif latihan pada kali ini adalah untuk melatih para pelajar untuk berfikiran secara kreatif dan cekap dalam penggunaan perisian ini. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diberikan latihan untuk melakarkan semula jadual seperti lampiran yang diberikan. Kemudian mereka diminta untuk melakarnya semula.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 02 / 02 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 7 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar daripada peringkat rendah di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Di dalam modul ini pelajar didedahkan bagaimana hendak menggunakan perkembangan teknologi dalam sistem pembelajaran mereka. Pada silibus pembelajaran kali ini fokus diberikan kepada matapelajaran MATEMATIK. Objektif pembelajaran ini adalah untuk melatih pelajar supaya berfikiran secara pantas dalam menjawab soalan yang ditetapkan dalam tempoh yang diberikan. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diminta untuk menjawab soalan MATEMATIK yang berbentuk kuiz dan pra test secara atas talian.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 01 / 02 / 2018
Masa : 3.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih golongan pelajar menengah atas di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk membiasakan para pelajar dengan perkembangan teknologi pada abad ini. Latihan ini juga memberi fokus kepada cara bagaimana menyediakan sebuah laman web yang ringkas walau hanya menggunakan perisian MICROSOFT OFFICE POWERPOINT. Antara objektif latihan ini adalah melatih pelajar untuk berfikiran secara kreatif dan sentiasa maju ke hadapan. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diminta membangunkan sebuah portal yang ringkas dengan menggunakan perisian MICROSOFT OFFICE POWERPOINT.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 01 / 02 / 2018
Masa : 2.30 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : Dewan Diamond Pendang Lake Resorts Dan Dewan UMNO Kg Paya Mak Inson, Pendang
Peserta

: 600 orang

 

Tujuan 

Tujuan Karnival Sebenar.my ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bahayanya penyebaran maklumat palsu kerana ia merupakan musuh utama negara. Penularan berita palsu membuatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini giat mempromosi portal sebenarnya.my untuk orang awam mensahihkan sesuatu maklumat yang diterima melalui pelbagai platform termasuklah media sosial, blog mahupun aplikasi Whatsapp.

Aktiviti

-  Taklimat Sebenarnya.my/Tayangan video

-  Sukaneka/Dam ular/Kuiz

-  Forum Perdana

-  Cabutan bertuah

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 29 / 01 / 2018
Masa : 10 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus untuk melatih golongan usahawan di dalam masyarakat setempat. Latihan yang diberikan ini adalah untuk melatih golongan usahawan di dalam komuniti ini supaya sentiasa pandang ke hadapan dalam memasarkan produk mereka. Objektif kelas latihan ini diadakan adalah untuk membantu golongan usahawan ini sentiasa celik IT dalam memasarkan produk mereka. Kelas latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diminta untuk memasarkan produk di dalam laman web "https://www.mybazar.com".