Tarikh : 02 / 06 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 5 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar ini dalam penggunaan perisian Adobe Photoshope.  Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berfikiran secara kreatif dan teliti. Aktiviti ini telah diadakan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, para pelajar diberikan satu latihan iaitu mereka satu kad raya secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan Adobe Photoshop.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 25 / 05 / 2019
Masa : 5.00 Petang - 10.00 Malam
Lokasi : Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
Peserta

: 60 orang

Tujuan

Program Semarak Kasih Ramadhan ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.

Aktiviti

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Sharliza Bt Saary wakil MCMC Kedah dan turut di meriahkan oleh pihak MSD Region Wilayah Utara. Acara yang turut diadakan ialah sumbangan duit raya dan keperluan asas berupa barang makanan dan keperluan harian. Selain daripada itu, para petugas menyertai bacaan tahlih dan bersama-sama menunaikan solat terawih. 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 20 / 05 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pengguna dari kalangan komuniti mukim Tobiar yang layak untuk menduduki PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK menjawab peperiksaan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, peserta menjawab slot-slot soalan yang diberikan oleh pihak SPA8i untuk PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 24 / 05 / 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 01 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pengguna dikawasan komuniti Bukit Sekechong, Tobiar. Ia bertujuan untuk melatih beliau menggunakan  Microsoft Office Words dengan lebih mahir. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, beliau telah dibantu oleh petugas dengan menggunakan template yang telah sedia ada didalam software Microsoft Office.  Ia merangkumi cara untu membuat table, font, size,  paragraph, page setup, design dan sebagainya.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 18 / 05 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 20 orang

Tujuan

Program Jom Tadarus Bersama Generasi Muda ini diadakan pada bulan Ramadhan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami keseronokan membaca al-Quran dengan sesi memahami makna dan berinteraksi dengan al-Quran melalui interaktif digital Youtube. Program ini telah dijayakan dengan kehadiran para pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Program yang  diadakan ini telah diisi dengan sesi bacaan yaasin bersama-sama melalui interaktif digital Youtube.

Aktiviti

Program bacaan yaasin secara beramai-ramai para pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar.

GAMBAR DISINI