Tarikh : 12 / 07 / 2019
Masa : 8.00 Pagi-  5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 200 orang

Tujuan

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet dan menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet serta merapatkan hubungan komuniti dengan Pusat Internet. Turut mengundang En.Khali Abdi Alim Bin Ahmad (Panel Klinik Kesihatan Kubur Panjang) sebagai perasmi program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Bukit Sekechong.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah:

  • -   Mykomuniti (Article Contest)Kepada Masyarakat
    -   Myshop (Upload Myproduct)
    -   Myplace (Location Tag)
    -   Mewarna Poster Ict
    -   Origami (Youtube Gubahan)
  • -   Download Apps
    -   Kuiz Online Ict & Dashboard (Quizizz)
    -   Video Contest (Ict In Education)
  • -   Pertandingan Mewarna Pelajar Tadika
    -   Pemeriksaan Kesihatan (Myhealth, Bacaan Glukosa)
    -   Advokasi Sebenar.My
    -   Bengkel Keushawanan (Menjana Pendapatan Dengan Shopee)
    -   Advokasi Mobile E-Waste
    -   Pertandingan Teka Berat Buku

Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta:

  • -  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • -  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • -  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • -  Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF)
  • -  Ar-Rahnu Yapiem

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 07 / 07 / 2019
Masa : 3.30 Petang-  5.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk para pelajar tahun 5 dan tahun 2 supaya mereka lebih menguasai bahasa inggeris dengan grammar yang lebih mantap dengan menggunakan laman web. 

Aktiviti : www.ego4u.com

Di dalam slot ini, pelajar diberi penerangan terlebih dahalu dan contoh soalan dan cara menjawab oleh petugas Pusat Internet sebelum mereka diberi latihan. Selain itu, pelajar juga diberi latihan peringkat demi peringkat. 

 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 28 / 06 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Pasar Kemboja Pendang
Peserta

: 60 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memberi penerangan mengenai SIARAN DIGITAL MY PREVIEW kepada semua pengunjung yang hadir tidak mengira peringkat umur dan pelbagai kaum. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Program ini berlansung dengan jayanya dengan usaha sama MIV ( Malaysia ICT Volunteers) dan petugas Pusat Internet sendiri. Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital perlu mendapatkan alat penerima berupa DVB-T2 atau TV DIGITAL (DTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner)

GAMBAR DISINI


Tarikh : 06 / 07 / 2019
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 01 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pengguna yang berada dalam komuniti di kawasan ini. Ia bertujuan untuk memahirkan pengguna menggunakan aplikasi MICROSOFT OFFICE POWERPOINT. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, pengguna telah dibantu oleh petugas memasukkan untuk memilih design didalam slide mereka, text yang formal, memasukkan gambar, membuat carta dan sebagainya. 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 27 / 6 / 2019
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat menjawab PEPERIKSAAN PEMBANTU MAKMAL SECARA ONLINE. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

 

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas memberi penerangan cara untuk melayari web dan menjawab soalan didalam portal SPA8i. 

GAMBAR DISINI