Tarikh : 15 / 09 / 2019
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
Peserta

: 100 orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai dan semangat kemerdekaan serta hari malaysia kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang. 

Aktiviti : 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan diantaranya perbarisan dan basikal berhias bertemakan kemerdekaan negara, mendeklamasi puisi dan sajak merdeka, pertandingan lagu patriotik dan pertandingan pakaian tradisional, teka silang kata klik dengan bijak dan puzzle merdeka dan sebagainya.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 10 / 09 / 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar ini dalam penggunaan perisian Adobe Reader.  Objektif utama aktiviti diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berfikiran secara kreatif dan teliti. Aktiviti ini telah diadakan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas mengajar cara-cara untuk mengisi borang dengan menggunakan Adobe reader. Dengan memilih butang FILL&SIGN dan memasukkan TEXT. Dengan ini, borang yang di isi akan lebih kemas dan teratur. 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 29 / 08 / 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Sekolah Model Khas Bukit Jenun
Peserta

: 120 orang

Tujuan

Tujuan program ini adalah sebagai kempen keselamatan kanak-kanak, Program Sahabat B.I.J.A.K "Safe And Protect". Program keselamatan ini meliputi usaha untuk mencegah, mengelak dan membanteras kanak-kanak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah yang berupa pengabaian, penderaan dan eksploitasi dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

 Aktiviti : 

  • - Taklimat daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pendang berkaitan bahaya
  •   dadah.
  • - Taklimat daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai ASO
  •   dan Klik Dengan Bijak
  • - Taklimat daripada Pengurus Pusat Internet berkaitan Online Grooming dan Maklumat Palsu

- Taklimat berkaitan Penyakit Mental dari Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 02 / 09 / 2019
Masa : 10.00 Pagi -  11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini adalah pengguna menyemak status mySalam. Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Ativiti ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas dengan jayanya. 

Aktiviti : https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Di dalam aktiviti ini, pengguna diberi penerangan ringkas berkaitan laman mySalam. Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana selepas itu pengguna perlu memperbaharui kata laluan dengan menggunakan lawan web yang telah disediakan. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain. Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 23 / 08 / 2019
Masa : 3.30 petang - 05.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 15 orang

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai dan semangat kemerdekaan dalam setiap individu dan peserta yang terlibat. 

Aktiviti : https://www.postermywall.com/

Petugas memberi taklimat cara penggunaan aplikasi dalam penghasilan poster merdeka telah dilaksanakan dan mendapat smbutan yang menggalakan daripada komuniti setempat. Peserta yang dapat menghasilkan poster yang paling menarik telah mendapat hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. 

GAMBAR DISINI