Tarikh : 25 / 05 / 2019
Masa : 5.00 Petang - 10.00 Malam
Lokasi : Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah
Peserta

: 60 orang

Tujuan

Program Semarak Kasih Ramadhan ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dan miskin dalam menghadapi kehadiran Syawal juga dapat memupuk Ukhuwah Islamiah dan beramah mesra antara pihak pengurusan, petugas dengan pihak yang terlibat khususnya anak-anak yatim seterusnya berbuka puasa bersama mereka.

Aktiviti

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Sharliza Bt Saary wakil MCMC Kedah dan turut di meriahkan oleh pihak MSD Region Wilayah Utara. Acara yang turut diadakan ialah sumbangan duit raya dan keperluan asas berupa barang makanan dan keperluan harian. Selain daripada itu, para petugas menyertai bacaan tahlih dan bersama-sama menunaikan solat terawih. 

GAMBAR DISINI