Tarikh : 02 / 09 / 2019
Masa : 10.00 Pagi -  11.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini adalah pengguna menyemak status mySalam. Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Ativiti ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas dengan jayanya. 

Aktiviti : https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Di dalam aktiviti ini, pengguna diberi penerangan ringkas berkaitan laman mySalam. Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana selepas itu pengguna perlu memperbaharui kata laluan dengan menggunakan lawan web yang telah disediakan. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain. Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

GAMBAR DISINI