Tarikh : 8 / 11 / 2019
Masa : 11.00 Pagi -  12.30 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dikalangan sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di mukim Tobiar ini. Latihan pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium pembelajaran dengan menggunakan komputer. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi daya pemikiran para pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot latihan matematik menggunakan web https://www.sifirdarab.com/?.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, sifirdarab.com ini dapat membantu pelajar belajar dengan mudah dapat membuat latihan bagi semua sifir. Soalan aritmetik jelas dan mudah supaya pelajar boleh mula berlatih sifir dengan segera. Pelajar cuma perlu pilih salah satu sifir darab yang  mahu buat daripada senarai diberikan dan tunjukkan kebolehan dalam ujian kepantasan atau cetak lembaran kerja yang terdapat diweb tersebut.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 8 / 11 / 2019
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

Tujuan 

Tujuan diadakan adalah untuk pelajar peringkat sekolah rendah yang belum pernah belajar komputer ataupun kenal apa itu komputer.  Ia dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini pelajar diberi keterangan terlebih dahulu oleh petugas tentang bahagian komputer riba dan komputer meja, cara menghidupkan komputer, memperkenalkan sistem operasi, mempelajar tentang dekstop dan menyunting teks paling asas didalam notepad kerana ia bagi peringkat pengenalan asas.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 3 / 11 / 2019
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Sekolah Rendah Sri Islah, Pendang
Peserta

: 50 orang

Tujuan 

Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus untuk pelajar peringkat sekolah rendah. Di dalam slot ini pelajar diberi taklimat advokasi klik dengan bijak dan aktiviti bengkel pengenalan asas komputer. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Manakala bengkel pengenalan asas komputer dapat melatih para pelajar menggunakan netbook berpandukan module yang diberi. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas bersama Sukarelawan Malaysia ICT Volunteer.

Aktiviti

Para pelajar diberi keterangan oleh pengurus PI dan para Sukarelawan Malaysia ICT Volunteer. 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 8 / 11 / 2019
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan 

Tujuan diadakan adalah untuk pelajar peringkat sekolah menengah. Di dalam slot ini pelajar belajar cara membuat broucher dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Ia dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Para pelajar diberi keterangan oleh pengurus PI cara untuk menghasilkan broucher langkah demi langkah agar pelajar mudah faham. Satu contoh broucher diberi untuk panduan pelajar untuk menghasilkannya.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 28 / 10 / 2019
Masa : 09.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 21 orang

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah satu inisiatif pihak Pegawai Kemas Daerah Pendang bersama dengan Petugas Pusat Internet untuk membantu guru-guru Tabika Kemas Daerah Pendang membuat satu bengkel pengisian data hrmis (ia adalah laporan prestasi tahunan). Program ini disertai oleh semua guru-guru Tabika Kemas Daerah Pendang. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas dari pelbagai aspek. https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx 

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas dari segi tatacara pengisian dan maklumat yang diperlukan didalam sistem tersebut bersama dengan Pegawai Kemas Daerah Pendang. 

GAMBAR DISINI