Tarikh : 17 / 02 / 2022
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan ia diadakan adalah untuk membantu para usahawan yang berada di kalangan komuniti Tobiar tidak mengira peringkat umur untuk memohon membuat pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, ianya perlu mendaftar melalui laman web " https://ezbiz.ssm.com.my/?0 " bagi tujuan pemohonan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi perniagaan mereka. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi penerangan dan membantu memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara untuk membuat permohonan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia hanya dengan mengakses laman web berikut serta mengikut langkah-langkah yang telah diberikan.   

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 08/ 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pelajar setempat menggunakan kemudahan ict di pedi untuk pembelajaran. kemudahan ict yang ditawarkaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar untuk melakukaan ulangkaji pelajaran, menyiapkan kerja khusus yang diberi, kertas kerja khusus subjek, mengambil kuiz, ujian dan peperiksaan yang di arahkan oleh pihak universiti.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu pelajar dalam menggunakan peralatan ict di pedi. Petugas juga memberikan keterangan kepada pelajar mengenai fungsi-fungsi peralatan ict yang dapat memudahkan proses pembelajaran mereka. Selain itu, petugas juga membantu pelajar dalam tenik dan cara mencari maklumat untuk pelajar menyiapkan tugasan.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 26/ 01 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu komuniti setempat yang ingin membuat kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara atas talian. seperti yang sedia maklum, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. Selaras dengan tema, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan yang diberikan ini akan meliputi isi rumah, warga emas, dan bujang agar semua golongan tidak ketinggalan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.

Aktiviti 

Di dalam slot ini, petugas membantu komuniti untuk membuka laman web Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), membuat pendaftaran baru untuk permohonan baru atau membuat kemaskini untuk permohonan yang sedia ada. selain itu, petugas juga membantu komuniti untuk cipta kata laluan dan memuat naik dokumen sokongan di dalam aplikasi BKM. 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 04/ 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu komuniti setempat yang ingin membuat pendaftaran MySejahtera Check-In. ianya merupakan sistem pendaftaran dan pengawalan kemasukan pelawat secara berstruktur dan seragam ke dalam sesuatu premis. Ia berfungsi untuk membantu negara dalam mengurus penularan wabak COVID-19 dan memastikan keselamatan awam. Fungsi MySejahtera Check-In adalah membantu pendaftaran pelawat di premis secara automatik dan cepat, mengurangkan kesesakan pelawat, mencegah penularan jangkitan dengan meningkatkan pematuhan budaya norma baharu mdan memastikan keselamatan maklumat peribadi pengguna agar tidak di salah gunakan.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu membantu belia membuat pendaftaran dengan mengikuti langkahlangkah seperti berikut : 

Langkah 1: melayari portal rasmi mysejahtera di sini, mysejahtera.malaysia.gov.my login masuk

Langkah 2: Kemudian pilih bahagian pautan Mysejahtera Check In dan sila klik DAFTAR / REGISTER untuk ahli dan pengguna yang baru.

Langkah 3: Mengisi maklumat yang diperlukan, kemudian anda akan menerima emel verfikasi untuk anda sahkan ataupun boleh juga verifikasi melalui nombor telefon anda dengan menerima kod OTP terus ke smartphone anda. Memastikan belia masukkan profil syarikat atau perniagaan anda semasa proses register dan klik daftar.

Langkah 4: Jika sudah selesai, belia akan menerima dan terpapar rupa bentuk mysejahtera qr code untuk tempat dan premis.

Langkah 5: Cetak keluar qr code dan liminate.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 20/ 01 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pelajar setempat yang masih belajar untuk menggunakan kemudahan ict. Tujuan ict dan kemudahan internet yang disediakan di pedi dapat membantu pelajar memdapat liputan yang pantas. Pelajar juga dapat mencari banyak maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari pada bila-bila masa.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu pelajar untuk membuat pendaftaran aplikasi zoom dan cara menggunakan zoom.

GAMBAR DISINI