Tarikh : 26/ 01 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu komuniti setempat yang ingin membuat kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara atas talian. seperti yang sedia maklum, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. Selaras dengan tema, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan yang diberikan ini akan meliputi isi rumah, warga emas, dan bujang agar semua golongan tidak ketinggalan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.

Aktiviti 

Di dalam slot ini, petugas membantu komuniti untuk membuka laman web Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), membuat pendaftaran baru untuk permohonan baru atau membuat kemaskini untuk permohonan yang sedia ada. selain itu, petugas juga membantu komuniti untuk cipta kata laluan dan memuat naik dokumen sokongan di dalam aplikasi BKM. 

GAMBAR DISINI