Tarikh : 13/ 01 / 2022
Masa : 3.00 Petang - 4.30 Petang
Lokasi : Pedi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu belia setempat yang sudah tamat belajar untuk menggunakan kemudahan perbankan atas talian. Tujuan perbankan atas talian dapat membantu belia melihat penyata kewangan dengan serta-merta, memberikan maklumat terkini tentang status kewangan simpanan. Belia juga akan mempunyai banyak maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari pada bila-bila masa

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membuat pendaftaran perbankan dalam talian :- 

- Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz/.

- Klik butang FIRST TIME USER.

- ATM Card / Debit Card No:, masukkan nombor kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit.

ATM PIN, masukkan nombor PIN kad ATM/debit anda.

- Butang Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam.

Customer Name, masukkan nama penuh dan IC/ID.

User IDPassword masukkan sebarang username yang ingin digunakan.

Confirm Password, masukkan sekali lagi password yang ingin digunakan.

- E-Mail, masukkan alamat emel.

- Mobile Number, masukkan nombor telefon yang aktif. 

- Private Word, masukkan kata rahsia yang  ingin digunakan sebagai langkah keselamatan.

Select One Private Image, pilih mana-mana gambar yang  ingin digunakan sebagai langkah keselamatan untuk detect akaun.

Secret Question serta Secret Answer, pilih 3 soalan secara rawak dan tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut. 

- Kemudian, klik butang Submit.

- Sahkan semula semua maklumat yang isi, kemudian tekan butang Confirm.

- Semak SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/pintar untuk IAC berjaya.

- Pendaftaran berjaya dan  boleh login ke akaun baru Bank Islam IB.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 06/ 01 / 2022
Masa : 9.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Lokasi : Pedi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu belia setempat yang sudah tamat belajar untuk membuat resume. Tujuan membuat resume untuk penyedian belia memohon pekerjaan dan seterusnya menghadiri temuduga.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membina resume dari segi cara untuk memilih design resume, pemilihan dan saiz tulisan, masukkan maklumat yang penting, masukkan gambar, cara simpan yang telah siap dan bantuan sebagainya.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 23 / 12 / 2021
Masa : 2.30 Petang -  4.30 petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan ini adalah untuk membantu belia dalam menulis surat secara rasmi. Ianya merupakan salah satu cara medium untuk menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan. Penulisan surat juga dapat melatih belia supaya lebih cekap dalam menggunakan microsoft office.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, belia diberi penerangan terlebih dahalu oleh petugas PEDi sebelum membuka dan menggunakan microsoft word. Petugas juga membantu belia dalam pembinaan ayat, penyusunan kata dan megikut format surat yang telah ditetapkan.

 GAMBAR DISINI


Tarikh : 30 / 12 / 2021
Masa : 10.30 Pagi -  12.30 tengah hari
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan ini adalah untuk membantu pesara dalam penggunaan ict. Ianya merupakan salah satu medium untuk memnudahkan urusan mengemaskini maklumat pengguna secara atas talian. Pada musim pendamik covid-19, kebanyakkan urusan yang yang melibatkan pertemuan secara bersemuka adalah dihadkan. Penggunaan website https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, pesara diberi penerangan terlebih dahalu oleh petugas PEDi sebelum membuka dan mengemaskini maklumat di dalam website berkenaan. Petugas juga membantu  dari segi memasukkan maklumat yang diminta secara manual untuk mengukuhkan bukti yang diminta oleh pihak LHDN.

 GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 16 / 12 / 2021
Masa : 2.30 Petang -  4.30 petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Ianya merupakan salah satu asas pembelajaran dalam menyusun sebuah presentasi yang efektif, professional dan juga mudah. Microsoft Power Point akan membantu sebuah tugasan pelajar menjadi lebih menarik dan jelas dalam memberikan maklumat secara padat dan tepat.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, pelajar diberi penerangan terlebih dahalu oleh petugas PEDi sebelum membuka dan menggunakan power point di samping membantu pelajar dalam pembuatan slide, outline presentasi, menampilkan slide yang dinamis, termasuk clip art yang menarik, yang mudah ditampilkan di layar monitor komputer.

 GAMBAR DISINI