CELIK IT- MOHAMMAD ASRI BIN MOHD LUTFI
NAMA | : MOHAMMAD ASRI BIN MOHD LUTFI |
UMUR | : 15 TAHUN |
AHLI | : 2016 |
Latar Belakang
Mohammad Asri Bin Mohd Lutfi merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Beliau mempunyai 4 adik-beradik, merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik dan bapa beliau merupakan seorang buruh binaandan ibunya berkerja sebagai penjual kuih. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan
Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.
Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System dan multimedia.