Tarikh | : 11 / 04 / 2023 |
Masa | : 9.00 Pagi- 1.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kursus ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mengikuti kursus online pengambilan sijil makan disamping komuniti dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Bukit Sekechong serta dapat memberi ilmu ICT kepada komuniti yang terlibat.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu memberi pengenalan tentang perkhidmatan yang terdapat di PEDi. Selain memberi pendedahan kepada komuniti cara menggunakan platform google meet yang diguna pakai dalam kursus pengambilan sijil makanan secara online.
Tarikh | : 19 / 10 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi- 2.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 30 orang |
Tujuan
Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Aktiviti
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
Tarikh | : 30 / 03 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 03.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu Pelajar yang merupakan ahli PEDi Bukit Sekechong dalam menggunakan GoogleMeet secara asas untuk membolehkan mereka menyertai taklimat mahupun pembelajaran secara atas talian.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu Pelajar dari segi cara-cara untuk menggunakan GoogleMeet. Kemudian petugas memberi tunjuk ajar untuk cara membuat presentation, change background, setup camera, sound dan lain-lain.
Tarikh | : 01 / 04 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahri |
Lokasi | : PEDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan adalah membantu golongan pelajar untuk mahir menggunakan perisian microsoft office supaya dapat memudahkan mereka menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru kelak di samping melatih mereka untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu memberi pengenalan tentang peralatan-peralatan komputer. Selain itu, petugas memberi pendedahan kepada pelajar dari segi cara-cara membuat helaian baru, membuat border, membuat perenggan, numbering,membuat jadual, memasukkan gambar, mencetak serta menyimpan dokumen.
Tarikh | : 24 / 03 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Tujuan adalah memberi pendedahan kepada adik-adik PEDi mengisi masa lapang di musim cuti sekolah dengan mempelajari Microsoft Office Excel disamping untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan sebagainya.