Tarikh | : 26 / 10 / 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk penduduk yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Ia bertujuan untuk memahirkan beliau dalam penggunaan aplikasi MICROSOFT OFFICE WORDS (OFFICIAL LETTER) dengan membantu mereka menghasilkan surat rasmi untuk dihantar kepada sesiapa yang berkenaan. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.
Aktiviti
Di dalam slot ini, beliau dibantu oleh petugas bagaimana format surat kiriman rasmi, jenis dan saiz tulisan serta lain-lain lagi.
Tarikh | : 20/ 10 / 2018 |
Masa | : 11.00 Pagi- 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menguji tahap kepantasan para pelajar sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Tobiar ini. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot https://www.ipermainan.com/game/1398/word-search.
Di dalam slot ini, para pelajar diminta membuka laman web satu https://www.ipermainan.com/game/1398/word-search tersebut. Kemudian mereka di minta untuk menjawabword search yang telah disediakan di dalam bentuk sistem pembelajaran secara alam maya.
Tarikh | : 13 / 10 / 2018 |
Masa | : 7.45 Pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Mini Stadium Pendang |
Peserta |
: 30 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk mempromosikan Klik Dengan Bijak kepada semua pengunjung yang hadir tidak mengira peringkat umur dan pelbagai kaum. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.
Aktiviti
Program ini berlansung dengan jayanya dengan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Di dalam slot ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pusat Internet dan pihak penganjur:-
Pusat Internet
- Teka Silang Kata ICT
- Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak dan Info Sukan
- Maze Puzzle
- Kuiz Klik Dengan Bijak, Kesihatan dan Sukan
Pihak Penganjur
- Senamrobik
- Fun Walk
- Fun Ride
- Fun Sharp Shooter
- Teakwando
Tarikh | : 20/ 10 / 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi- 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Tobiar ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium internet di dalam proses pembelajaran mereka. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot quizizz matematik tahap rendah.
Aktiviti : https://quizizz.com/
Di dalam slot ini, para pelajar diberikan satu kata kekunci contohnya kod "583981" untuk menyertai kelas e-pembelajaran quizizz tersebut. Kemudian mereka di minta untuk menjawab soalan yang telah disediakan di dalam bentuk sistem pembelajaran secara alam maya.
Tarikh | : 15 / 10 / 2018 |
Masa | : 2.45 Petang - 04.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu para pelajar tingkatan 1 yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Ia bertujuan untuk memahirkan para pelajar dalam penggunaan aplikasi MICROSOFT OFFICE WORDS dengan membantu mereka menghasilkan kerja kursus berkaitan sejarah serta latar belakang masjid berdekatan tempat tinggal mereka. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.
Aktiviti
Di dalam slot ini, para pelajar dibantu oleh petugas memasukkan untuk memilih design tulisan untuk halaman muka depan Folio mereka, text yang formal, memasukkan gambar, membuat carta dan sebagainya.