Tarikh | : 22 / 04 / 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 01.00 Petang |
Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Kepala Bukit |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membincangkan rancangan program Budaya Kampungku Sukses yang akan dijalan selama tiga bulan bermula Mei 2024.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas turut hadir dan akan terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Mesyuarat ini diadakan untuk membincang perjalan program Budaya Kampungku Sukses 2024. Pelbagai agensi turut terlibat, antaranya Jabatan Kesihatan , AADK Daerah Pendang, Jabatan Pertanian, KEMAS, Penghulu, KRT Kampung Kepala Bukit dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Tarikh | : 16 / 04 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi |
Lokasi | : NADI Bukit Sekechong |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memastikan pelajar dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat menjawab Ujian Kelayakan Calon Guru (Eukcg) secara dalam talian. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.
Aktiviti https://pismp.moe.gov.my/UKCG
Di dalam slot ini, pelajar telah menjawab Ujian Kelayakan Calon Guru (Eukcg) secara dalam talian seperti yang ditetapkan di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/index.cfm. Petugas membantu dari segi pembukaan laman sesawang dan sebagainya.
Tarikh | : 18 / 03 / 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NaDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah membantu ahli NaDi untuk menghasilkan resume yang kemas dan menarik mengikut format terkini.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu dari segi cara-cara untuk memasukkan maklumat, membuat susunan maklumat diri dan lain-lain. Kelas ini diadakan untuk ahli NaDi untuk menghasilkan resume yang kemas dan menarik mengikut kreativiti mengikut format di samping mendedahkan kepada mereka untuk cara penggunaan komputer untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka.
Tarikh | : 25 / 03 / 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Bukit Sekechong |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah membantu usahawan untuk mendigital produk mereka menggunakan platform shopee.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu usahawan dalam proses membuka kedai secara atas talian dan membuat jualan menggunakan platform shopee di samping untuk mendedahkan usahawan supaya mahir menggunakan komputer.
Tarikh | : 3 / 3 / 2024 |
Masa | : 09.30 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : NaDi Bukit Sekechong |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli NaDi tentang asas menggunakan fungsi microsoft word dan cara menggunakan whatsapp web.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu dengan mengajar cara memasukkan gambar, menulis keterangan gambar, mengemas susun atur gambar supaya mengikut format yang betu. Kemudian, petugas menunjuk ajar tentang cara menggunakan fungsi whatsapp web bagi memudahkan urusan ahli NaDi melakukan kerja mereka.