Tarikh : 24 / 09 / 2020
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

 Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Tobiar terutamanya golongon belia untuk menambah pendapatan. Didalam slot latihan keusahawanan ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan:-

- Memberi pengenalan berkenaan shopee, persediaan kedai shopee 5 langkah penyediaan kedai dan beberapa contoh.

- Menyediakan profil kedai mereka (Muat naik gambar kulit untuk menarik minat pembeli, muat naik foto profil supaya pembeli dapat mengenali jenama mereka, tukar nama kedai agar pembeli sentiasa mengingati kedai mereka, muat naik sehingga 5 gambar atau 4 gambar dan 1 video dan ambah keterangan kedai, serta simpan.

- Memberi penerangan apa itu seller centre (merek boleh menggunakannya untuk mengedit, memuat naik, maklumat produk, memproses pesanan serta mengatur penghantaran, mengeluarkan wang, meningkatkan penjualan dan banyak lagi)

- Cara memuat naik produk baru (tambah produk baru, tambah nama produk dan kategori produk, tambah penerangan produk, tambah imej produk, tambah maklumat penghantaran, tips untuk tambah variasi dan lain-lain )

GAMBAR DISINI