Tarikh : 17 / 3 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 01.00 petang
Lokasi : HANTURBO SPIRIT No 1, Taman Harmoni,                       Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman.
Peserta

: 150 orang

Tujuan

Karnival Kerjaya Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) Peringkat Negeri Kedah 2019 ini diadakan adalah untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU)  mengikuti program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang mengikut kemahiran dan kemampuan yang mereka miliki bagi menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Aktiviti

Diantara akitiviti yang dijalankan adalah perasmian Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) Peringkat Negeri Kedah 2019 dirasmikan oleh YB Dato’ Mahfuz Bin Omar merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Merasmikan  bertempat  di Hanturbo Spirit, Taman Harmoni, Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang Kedah, Darul Aman. Didalam karnival ini juga terdapat pelbagai program anjurkan:-


1. Temuduga terbuka daripada pelbagai sektor swasta

2. Pameran Agensi (Mara, Tekun, ILP)

3. Jualan Produk OKU 

4. Pameran hasil karftangan daripada pelajar OKU Merbok

Seterusnya Pusat Internet Kluster Pendang telah mengadakan pameran dan mengajurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan PI, dashboard komuniti serta mempromosikan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pengunjung. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah dan glukosa secara percuma, kuiz ICT dan Kuiz KDB.

GAMBAR DISINI