Tarikh | : 8 / 02 / 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Bukit Sekechong |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk para pelajar sekolah rendah yang berada di kawasan sekitar PI ini mempunyai keinginan untuk belajar menguasai kemahiran dalam penggunaan komputer samada dari segi asas sehingga mahir. Permulaan kelas ini, petugas memberikan penerangan dengan memperkenalkan komputer dan sistem operasi. Seterusnya petugas juga memberi penerangan asas dalam Microsofts Windows iaitu NOTEPAD dan memberi tugasan untuk latihan menggunakan NOTEPAD. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas memberi tugasan menaip, iaitu belajar menaip berpandukan teks yag diberi dengan melatih penggunaan askara seperti garis bawah (_), pada kadar (@) dan condong ke hadapan (/), tanda baca seperti titik bertindih (:) dan tanda sempang (-) dan kekunci berangka.