Tarikh : 18 / 01 / 2019
Masa : 10.00 Pagi -  12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 7 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dikalangan sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di mukim Tobiar ini. Latihan pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium pembelajaran dengan menggunakan komputer. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi daya pemikiran para pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot latihan matematik dan bahasa melayu.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, pelajar diberikan satu tajuk karangan bahasa melayu bertaju "Aku Sebuah Basikal" dan pelajar diminta untuk membuat karangan tersebut menggunakan Microsoft Office Words. Selain itu, setelah selesai karangan pelajar diminta membuat sifir matematik satu sehingga 10 dengan menggunakan Microsoft Office Words.

GAMBAR DISINI